visi, misi, objektif

MPKSM PULAU PINANG

MPKSM, Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan hampir 60 tahun yang lalu.
Antara tujuan-tujuan MPKSM ditubuhkan ialah:

1

Menasihat dan menguruskan masalah-masalah kemasyarakatan dalam Malaysia;

2

Memula atau melaksanakan apa-apa perkhidmatan kebajikan masyarakat yang ternyata atau percubaan yang tidak diseleggarakan oleh lain-lain penguasa atau pertubuhan;

3

Mendapat pertolongan dan sokongan dari orang ramai dan Kerajaan untuk mencapai tujuan-tujuan Majlis ini;

4

Memajukan kebajikan bagi orang-orang yang tiada sempurna anggota atau fikiran, yang serba kurangan, yang sengsara dan melarat, dan menyanggup atau membantu dalam tugas memajukan apa-apa rancangan yang mendapatkan faedah kepada kebajikan seperti itu;

5

Menyanggup sebarang perhidmatan kemasyarakatan sama ada secara langsung atau melalui Cawangan-cawangan Negeri menurut tujuan-tujuan Majlis ini;

6

Memohon bantuan wang, wang pemberian terkumpul (blok grant) atau sebarang wang untuk apa-apa rancangan atau projek yang dianjurkan oleh Majlis ini untuk pertimbangan Kerajaan, orang-orang perseorangan dan lain-lain badan awam atau bersendirian;

7

Memohon untuk bergabung serta menjadi perwakilan di dalam Majlis Kebajikan Masyaraket Kebangsaan Malaysia dan atau lain-lain Pertubuhan Kebajikan Kebangsaan / Antarabangsa untuk penyertaan yang aktif.

Misi

Menentukan kumpulan sasar mendapatkan layanan yang adil dan saksama
tanpa mengira umur jantina, keturunan, agama dan keupayaan.

Membina dan memupuk semangat tolong menolong, bantu
membantu untuk mengukuhkan budaya ikram dan penyayang.

Mengalakkan pewujudan dan menyediakan kemudahan yang
tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan
perlindungan kumpulan sasar kearah kesejahteraan hidup mereka.

Visi

Membantu Warga emas, orang kelainan upaya, pelajar miskin dan golongan sasar lain yang
memerlukan sokongan dan bantuan untuk menjadi rakyat malaysia yang sejahtera supaya:

Bersata Padu Dan Maju

Bermoral Dan Beretika

Berkualiti Dan Berwibawa

Berbudaya Ikram Dan Penyayang

Bersyukur Dan Bertaqwa

Objektif

Menentukan kumpulan sasar mendapatkan layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur jantina, keturunan, agama dan keupayaan.

Membina dan memupuk semangat tolong
menolong, bantu membantu untuk mengukuhkan budaya ikram dan penyayang.

Mengalakkan pewujudan dan menyediakan kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan
perlindungan kumpulan sasar kearah kesejahteraan hidup mereka.