ANUGERAHAN PINGAT

ANUGERAHAN PINGAT & BINTANG-BINTANG MPKSMPG

Anugerahan Pingat

MAJLIS PUSAT KEBAJIKAN SEMALAYSIA (MPKSM) telah ditubuhkan semenjak 60 tahun yang lalu. Lokasi Ibu Pejabat MPKSM yang terletak di Kuala Lumpur kini mempunyai sebanyak 11 buah Cawangan Negeri di Semenanjung Malaysia dan akan menubuhkan Cawangan-Cawangan Negeri Sabah dan Wilayah Labuan pada masa yang akan datang. MPKSM adalah sebuah NGO Kebajikan yang terbesar di Malaysia.

MPKSM Cawangan Negeri Pulau Pinang pula telah diwujudkan pada tahun 1957 yang mana pada ketika itu dengan menggunakan nama Inggeris “The Centre Council Penang State Branch” dan kemudiannya baru ditukar nama kepada MPKSM sehingga ke hari ini.

“The Centre Council Penang State Branch” sejak tahun 1957 sehingga hari ini adalah sebuah Pertubuhan Kebajikan yang sangat aktif dalam menguruskan hal kebajikan, khasnya dalam urusan Rumah Orang Tua Permatang Tinggi.

Buat masa ini, MPKSM Cawagan Negeri Pulau Pinang telah berusia 60 tahun dan kini mempunyai 11 buah Cawangan Daerah yang aktif. Cawangan-Cawangan Daerah ini telahmemainkan peranan masing-masing dan juga bersama-sama mengendali dan menguruskan Rumah Orang Tua Permatang Tinggi (Rumah Sejahtera Permatang Tinggi). Rumah Sejahtera Permatang Tinggi adalah sebuah Rumah yang beroperasi untuk mengambil orang-orang tua yang umurnya melebihi 60 tahun dan tidak mempunyai sesiapapun yang menjaganya. Bilangan penghuni di Rumah sehingga hari ini ialah seramai 75 orang dan mereka yang mendiami di dalam Rumah ini tidak perlu membayar walau sesen pun.

MPKSM Cawangan Negeri Pulau Pinang juga telah mengujudkan satu lagi Rumah Sejahtera yang baru di Bertam, Kepala Batas dan akan mula pengoperasiannya sebaik sahaja “Sijil Menduduki” didapati.

MPKSM Cawangan Negeri Pulau Pinang yang kini mempunyai Pengurusan dan Pentadbiran yang baik adalah dihormati oleh orang ramai dan Persatuan-Persatuan Kebajikan Negeri Pulau Pinang.

Sebagai sebuah Pertubuhan NGO yang menitikberatkan Kebajikan Kemasyarakatan, MPKSM Cawangan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk mengujudkan Pingat atau Bintang untuk dianugerahkan kepada orang ramai yang sentiasa memberikan Perkhidmatan Kebajikan Sosial yang baik sebagai galakan kepada golongan tersebut.

Setelah perbincangan dengan panjang lebar selama beberapa kali, maka MPKSM Negeri telah mula menzahirkan “BINTANG MPKSM” pada tahun 2014 supaya ianya dapat dianugerahkan kepada golongan orang-perseorangan yang sentiasa dan berterusan melakukan aktiviti bercorak kebajikan secara ikhlas.

“BINTANG MPKSM” telah dianugerahkan kepada 31 orang yang dicalunkan
daripada Pertubuhan-Pertubuhan NGO-NGO Kebajikan semenjak tahun 2014 sehingga tahun 2017.

Pada tahun 2018, selain daripada “BINTANG MPKSM” yang dizahirkan pada tahun 2014,
satu Pingat dan dua lagi Bintang Baru telah dizahirkan seperti berikut :

ANUGERAHAN PINGAT
DAN BINTANG MPKSMPG


SENARAI BINTANG-BINTANG
DAN PINGAT
YANG DIZAHIRKAN OLEH
MPKSM
NEGERI PULAU PINANG

BINTANG PJMPK (Pingat Jasa MPK)

Pingat ini dizahirkan pada tahun 2018 dan dikurniakan kepada orang-perseorangan yang telah memberi perkhidmatan yang baik kepada Pembangunan Kemasyarakatan terutamanya kepada Kebajikan Sosial dan yang mempunyai sikap berkeperihatinan yang boleh dipuji.
semak sekarang

BINTANG BMPK (Bintang MPK)

Bintang ini dizahirkan pada tahun 2014 dan dikurniakan kepada orang-perseorangan yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan yang gemilang didalam lapangan Kebajikan Kemasyarakatan. Penerima Bintang ini mempunyai kelakuan yang terpuji dan dihormati oleh orang ramai.
semak sekarang

BINTANG BSMPK (Bintang Setia MPK)

Bintang ini dizahirkan pada tahun 2018 dan dikurniakan kepada orang-perseorangan yang telah memberi perkhidmatan yang amat cemerlang dan berterusan didalam lapangan Kebajikan Kemasyarakatan. Penerima Bintang ini mempunyai kelakuan dan sifat moral yang tinggi serta terpuji.
semak sekarang