UTAMA

ANUGERAHAN PINGAT & BINTANG-BINTANG MPKSMPG

MPKSM PULAU PINANG

MPKSM, Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan hampir 60 tahun yang lalu.
Antara tujuan-tujuan MPKSM ditubuhkan ialah:

1

Menasihat dan menguruskan masalah-masalah kemasyarakatan dalam Malaysia;

2

Memula atau melaksanakan apa-apa perkhidmatan kebajikan masyarakat yang ternyata atau percubaan yang tidak diseleggarakan oleh lain-lain penguasa atau pertubuhan;

3

Mendapat pertolongan dan sokongan dari orang ramai dan Kerajaan untuk mencapai tujuan-tujuan Majlis ini;

4

Memajukan kebajikan bagi orang-orang yang tiada sempurna anggota atau fikiran, yang serba kurangan, yang sengsara dan melarat, dan menyanggup atau membantu dalam tugas memajukan apa-apa rancangan yang mendapatkan faedah kepada kebajikan seperti itu;

5

Menyanggup sebarang perhidmatan kemasyarakatan sama ada secara langsung atau melalui Cawangan-cawangan Negeri menurut tujuan-tujuan Majlis ini;

6

Memohon bantuan wang, wang pemberian terkumpul (blok grant) atau sebarang wang untuk apa-apa rancangan atau projek yang dianjurkan oleh Majlis ini untuk pertimbangan Kerajaan, orang-orang perseorangan dan lain-lain badan awam atau bersendirian;

7

Memohon untuk bergabung serta menjadi perwakilan di dalam Majlis Kebajikan Masyaraket Kebangsaan Malaysia dan atau lain-lain Pertubuhan Kebajikan Kebangsaan / Antarabangsa untuk penyertaan yang aktif.

ANUGERAHAN PINGAT
DAN BINTANG MPKSMPG


SENARAI BINTANG-BINTANG
DAN PINGAT
YANG DIZAHIRKAN OLEH
MPKSM
NEGERI PULAU PINANG

BINTANG PJMPK (Pingat Jasa MPK)

Pingat ini dizahirkan pada tahun 2018 dan dikurniakan kepada orang-perseorangan yang telah memberi perkhidmatan yang baik kepada Pembangunan Kemasyarakatan terutamanya kepada Kebajikan Sosial dan yang mempunyai sikap berkeperihatinan yang boleh dipuji.

BINTANG BMPK (Bintang MPK)

Bintang ini dizahirkan pada tahun 2014 dan dikurniakan kepada orang-perseorangan yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan yang gemilang didalam lapangan Kebajikan Kemasyarakatan. Penerima Bintang ini mempunyai kelakuan yang terpuji dan dihormati oleh orang ramai.

BINTANG BSMPK (Bintang Setia MPK)

Bintang ini dizahirkan pada tahun 2018 dan dikurniakan kepada orang-perseorangan yang telah memberi perkhidmatan yang amat cemerlang dan berterusan didalam lapangan Kebajikan Kemasyarakatan. Penerima Bintang ini mempunyai kelakuan dan sifat moral yang tinggi serta terpuji.

BINTANG BUMPK (Bintang Utama MPK)

Bintang ini dizahirkan pada tahun 2018 dan Bintang ini adalah Bintang yang teramat mulia.

Bintang ini cuma dikurniakan kepada orang-perseorangan yang benar-benar telah menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit demi kerja-kerja Kebajikan Kemasyarakatan yang amat terbilang dan berterusan.

Penerima Bintang ini telah lama berkhidmat kepada Pembangunan Kerja-Kerja Kebajikan dan mempunyai status peribadi yang tinggi serta dihormati oleh Pimpinan Negara dan Negeri masing-masing.

Bintang ini hanya dihadkan kepada 30 orang Warganegara Malaysia yang masih hidup, tidak termasuk bukan Warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat.

Rumah Sejahtera Permatang Tinggi

Perkhimatan